Bengkel Kepimpinan Pembedahan Pediatrik 2025

Putrajaya, 20 September 2025 – Bengkel Kepimpinan Pembedahan Pediatrik telah berjaya diadakan, dengan kehadiran pakar bedah pediatrik dari seluruh negara di Double Tree by Hilton, Putrajaya. Acara ini dirasmikan oleh YBrs. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Pembangunan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beliau menyampaikan ucapan mengenai “Policy to Practice: Aligning Administrative and Paediatric Surgery Leadership”, menekankan kesukaran dan cabaran kepimpinan sambil berkongsi pengalamannya di KKM.

Ini diikuti dengan ceramah yang menyentuh pelbagai aspek kepimpinan. Apa yang berbeza kali ini adalah ceramah tersebut disampaikan oleh pakar bedah junior, memberikan mereka platform untuk berkongsi perspektif mereka mengenai kepimpinan. Ini juga membantu pakar bedah junior membina keyakinan diri mereka dalam mempersiapkan diri untuk mengambil peranan kepimpinan di masa hadapan. Program berakhir dengan sesi forum yang dikendalikan oleh ketua jabatan dari beberapa negeri. Perbincangan tertumpu kepada cabaran pakar bedah dalam mengambil peranan pentadbiran dan bagaimana kemahiran ini tidak diajarkan dengan secukupnya sebelum mereka terpaksa memikul jawatan tersebut. Panelis juga berkongsi nasihat kepada hadirin tentang apa yang perlu dilakukan sebagai seorang pemimpin untuk menjadikan pembedahan pediatrik lebih dikenali oleh pentadbir hospital bagi membantu memajukan perkhidmatan dan matlamat pembedahan pediatrik. Perbincangan tentang cara menangani rakan sekerja yang sukar   baik dalam jabatan mahupun antara jabatan juga dibincangkan.

Program ini dilangsungkan dengan maklumbalas yang positif. Kebanyakan peserta bersetuju bahawa lebih banyak bengkel seperti ini harus dianjurkan untuk meningkatkan perkhidmatan pediatrik surgeri.

Link to presentations and articles from the workshop here.